Check it out

Wednesday, August 4, 2010

Lasagna...nyum...nyum

Today we have been served with delicious lasagna...yum...yum.....wow wee.....my favorite.....without taking too much time just grab my part...huhu...only can eat one piece coz its limited...however......i need the recipe....my fren share with me the recipe....as below...hope we can try and serve this delicious lasagna to our family ....happy cooking.......no picture laa...sorry....


Lasagna:-
Sekali baca rasa macam susah. Tetapi, sebenarnya senang saja..

1. Lembutkan lasagna sheet.
2. Buat meat sauce.
3. Buat white sauce.
4. Susun dalam beberapa lapisan, dengan Mozarella Cheese.
5. Bakar dalam oven.

1. Lembutkan lasagna sheet:-

6 lasagna sheet (beli satu kotak, mungkin ada 8 atau 10 sheet).
1 tsp olive oil.
- masukkan olive oil dalam bekas.
- Tuang air panas yang baru masak ke dalam bekas.
- Letakkan 6 lasagna sheet. (kalau boleh jangan berlapis, nanti melekat).
- Biar kan around ½ jam .. lebih masa ok...

2. Meat Sauce:-

500g minced meat (Ramly burger minced meat – ataupun daging yang diblender sendiri).
2 sudu teh black pepper (coarse) – ada jual kat tesco, giant.
- panaskan kuali, masukkan minyak olive 2 sudu besar, masukkan mince meat.
- Bila air keluar, buangkan air. Teruskan goreng, dan masukkan 2 sudu teh black pepper.
- Bila agak brown, tutup api. Letak aside.
3 sudu besar olive oil.
2 bawang besar – cincang.
2 bawang putih – cincang.
2 carrot – cincang.
4 tomato – potong dadu.
350ml kimball spaghetti sauce (selasih , bawang putih)
2 sudu teh black pepper (coarse)
2 sudu teh oregano kering
1 ½ sudu teh garam (atau secukup rasa)
1 sudu teh gula (atau secukup rasa)
- panaskan 3 sudu besar olive oil. Masukkan bawang besar dan putih.
- Apabila translucent, masukkan carrot. Biar 5 minits.
- Masukkan daging tadi.
- Masukkan tomato dadu. Masak around 10 minits.
- Masukkan 350ml kimball spaghetti sauce.
- Masukkan 2 sudu teh black pepper
- Masukkan 2 sudu teh oregano
- Masukkan 1 ½ sudu teh garam.
- Masukkan 1 sudu teh gula.
- Lebih kurang selepas 5 minit, dah masak, jadi ketepikan.

3. White sauce.

80gm tepung gandum.
500ml susu segar UHT ducth lady.
80gm butter cup.
1 sudu teh parsley kering.
- Melt butter. Guna api perlahan.
- Masukkan susu dalam periuk.
- Masukkan tepung gandum. Kacau (guna whisker)
- Lebih kurang 5-8 minit akan dapat smooth sauce (seperti bubur lambuk). Ketepikan.


4. Susun dalam bekas.

250g Mozarella cheese – beli yang Shredded (bahagi tiga).
Baking tray 8inX12in (20cmX30cm).

1. Masukkan 1/3 Meat Sauce dan ratakan. Kalau tak penuh pun tak pa.
2. Masukkan 1/3 White Sauce dan ratakan (buat perlahan-lahan). Kalau tak penuh pun takpa.
3. Taburkan 1/3 Mozarella cheese.
4. Letakkan 3 keping lasagna sheet. (Kalau baking tray bukan empat segi, potong sheet yang berlebihan pada sebelah tepi)

5. Masukkan 1/3 Meat Sauce dan ratakan.
6. Masukkan 1/3 White Sauce dan ratakan.
7. Taburkan 1/3 Mozarella cheese.
8. Letakkan 3 keping lasagna sheet.

9. Masukkan 1/3 Meat Sauce dan ratakan.
10. Masukkan 1/3 White Sauce dan ratakan.
11. Taburkan 1/3 Mozarella cheese.

5. bakar dalam oven.

Preheat oven 175C untuk 10 minutes.
Gunakan panas atas dan bawah.
Masukkan lasagna dalam oven selama 30-35 minutes.
Selepas itu, keluarkan dari oven dan biar 15 minutes sebelum makan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...